Assalamualaikum WBT
Kesedihan itu mungkin seketika. Bahagia pasti menjelma. Sabar :)

Saturday, 16 August 2014

Memang Payah Tapi Perlu



Dalam dunia ini kalau nak kata payah. memang hampir semua payah.
kadang yang senang pun kita tengok dah nampak payah. belum lagi cuba.
bukan putus asa. tapi tak yakin.
Jadi, petua kalau nak senang. Sana! Minta pada Maha Pencipta segala.
baik buruk hambaNya. Allah tak jauh. tak pernah jauh.
Malah pintu taubat itu dibuka luas. seluas-luasnya.
menunggu hamba yang bertuah melalui pintu itu dengan Iman. Ikhlas kerana Allah.
Carilah Allah. Minta pada Allah. Amal kerana Allah.
Mungkin payah tapi perlu. sangat perlu!

Kalau soal ujian dan dugaan.
Tolong beritahu manusia mana yang bisa hidup tanpa ujian? tanpa dugaan?
Ujian itu ada. Pasti ada. Susah senang. Yang namanya ujian. tetap ujian.
Mau takmau. Lalui! kena lalui. 
Jadi mohon bicara pada hati ..
Wahai hati. tabah mohon tabah. Allah ada. engkau tak pernah sendiri. Memang payah tapi perlu.
usaha perlu. cuba perlu. sentiasa perlu.

Sahabat, 
Mohon sama-sama tabahkan hati.
Segala ujian, dugaan ada hikmahnya.
Kadang diri sendiri juga tersasar dari rasa sabar.
Allahu, malu. malu pada Allah.
Tapi, sahabat perlu sedar ujian dan dugaan yang datang itu
tidak akan pernah lari. tidak akan!
maka bersabarlah. sentiasa bersabar.
kebahagiaan menunggu selepas nikmatnya sabar.
semoga hati saya dan para sahabat terus kuat
bukan untuk hari ini sahaja malah juga hari-hari yang seterusnya...
Memang payah. Tapi perlu :)