Assalamualaikum WBT
Kesedihan itu mungkin seketika. Bahagia pasti menjelma. Sabar :)

Tuesday, 31 December 2013

Aku Di Sini

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Assalamualaikum..

Alhamdulillah. 2014 kini bakal menjelma. kurang dari 10 jam dari sekarang. kini 2013 akan kita tinggalkan dengan rasa apa? suka atau duka? apa yang pasti hati tetap harus terus berada di landasan Allah.moga tahun 2014 ini memberi perubahan yang sangat sangat besar dalam hidup kita :) 





Alhamdulillah, aku kini bertapak di UiTM Kedah. Penantian aku sungguh berbaloi-baloi gituu. Di saat kawan-kawan semua dah bertapak jauh di hadapan dulu daripada aku. Matrik? Politeknik? Form 6? Aku kat rumah usaha dan terus usaha memohon di IPTA dan IPTS. Alhamdulillah. Allah kurniakan aku dan tempatkan aku di tempat yang tidak pernah aku bermimpi untuk berada. Di saat telinga ku mendengar bisikan-bisikan dari ramai orang. aku senyum dan terus senyum. Alhamdulillah aku kini di jalan aku. Jalan yang Allah tentukan untuk aku :) Semoga kita semua berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi di mana jua kaki menapak. Apa yang penting dunia ini milik Allah. Kita milik Allah. Maka apa yang kita mahu... minta juga pada Allah. Usaha Doa dan Tawakal. In Shaa Allah. Allah pasti bantu. Moga kita semua berjaya. Aamiin Ya Allah ...

2 comments: