Assalamualaikum WBT
Kesedihan itu mungkin seketika. Bahagia pasti menjelma. Sabar :)

Saturday, 8 March 2014

Masa Lampau

Kenapa semua orang perlu ingat pada masa lampau?

kerana masa lampau adalah kenangan
mahu pahit atau manis
ia tetap kenangan
dan paling pasti
ia tetap melekat di hati
dan payah untuk dilupai

andai masa lampau itu manis punya impak
dalam merubah diri untuk jadi lebih baik...
ingatlah ia sematkan ia kenangkan ia..

namun, jika masa lampau itu pahit..
penghalang buat kita menjadi lebih baik,
maka buanglah ia jauhkan ia sisihkan ia dari hati..

jangan kerana masa lampau..
kite terduduk..kita jatuh..
kita terhenti dari mencari cita-cita..
dari mencapai impian..

Allah itu ada..dan sentiasa ada..
biar apa orang kata..
kerana pandangan Allah itu adalah yang utama..
fokuskan diri perbetulkan niat..
segalanya kerana Allah SWT..
In Shaa Allah..
In Shaa Allah...

No comments:

Post a Comment